PKNS FC Pun Nak “Join The Party”
PKNS FC berkaya mengutip setelah tewas di tangan Kedah pada perlawanan Liga Super tempoh hari apabila berjaya menewaskan Kelantan dengan keputusan 1-0. Gol tunggal Faris Ramli pada separuh masa pertama sudah cukup untuk memberikan pasukan bimbingan Datuk K.Rajagopal 3 mata penuh. Dengan kemenangan ini PKNS berjaya melonjak ke tangga teratas Liga, setidaknya sebelum perlawanan JDT menentang Terengganu FC.
Pada pandangan kami, PKNS berjaya menguasai permainan semalam. Mereka juga nampaknya sudah melupakan kekalahan kepada Kedah pada perlawanan terdahulu dan lebih menumpukan perhatian bagi menewaskan pasukan Kelantan. Pemain terbaik bagi PKNS FC pula adalah penjaring gol tunggal mereka iaitu Faris Ramli. Dikala penyerang utama, Rafael Ramazotti dikawal ketat oleh barisan pertahanan Kelantan, Faris bijak untuk mengambil peluang bagi menjaringkan gol. Kami berpendapat jika PKNS berjaya mengekalkan momentum kemenangan, tidak mustahil PKNS juga boleh menjadi “silent killer” dan mencabar Johor Darul Ta’zim bagi mahkota Liga Super. Setiap posisi dalam pasukan PKNS FC bermain dengan cemerlang dan memberi sumbangan yang besar terhadap pasukan. Segalanya tidak mustahil dalam bola sepak.
Bagi pasukan Kelantan pula, ‘demo lo ni dok supo dulu’. Akan terapi, mereka baru dua perlawanan dibimbing oleh Yusri Che lah. Masih ada ruang yang perlu diperbaiki dan pastinya pihak pengurusan haruslah memberi lebih masa dan peluang kepada Yusri. Kami berpendapat, pada perlawanan semalam pasukan Kelantan tidak bernasib baik. Jika Khairul Fahmi boleh menyelamatkan bola dengan baik, mungkin Faris Ramli tidak akan berjaya menjaringkan gol.
Kedua-dua pasukan masih mempunyai ruang untuk diperbaiki bagi menghadapi perlawanan Liga yang akan datang. Bagi PKNS, mereka boleh memperkemaskan barisan serangan dengan menggandinkan Ramazotti dengan Safee Sali. Bagi pasukan Kelantan pula, bahagian tengah merupakan perkara yang harus diberi lebih perhatian oleh Yusri Che Lah. Mungkin mereka boleh memberikan peluang kepada Nik Akif Syahiran untuk tampil dalam kesebelasan utama.

Tidak ada komentar: