Ads Top

Mampukah Johor Darul Ta’zim Bangkit ?


Johor Darul Ta’zim akan bertandang ke seberang tambak bagi menghadapi Tampines Rovers dalam perlawanan ketiga kumpulan H Piala AFC edisi kali 2018. Kedua-dua pasukan mengalami kekalahan pada perlawanan kedua peringkat kumpulan minggu lalu. Tampines dibelasah Persija Jakarta dengan keputusan 4-1 manakala JDT pula tewas kepada Song Lam Nghe Anh dengan keputusan 2-0. Mampukah Johor Darul Ta’zim bangkit sekaligus menghidupkan kembali peluang untuk mara ke peringkat seterusnya ?

Sejak Raul Longhi dilantik sebagai jurulatih sementara pasukan, JDT dilihat agak bergelut. Kita boleh lihat ketika perlawanan Piala FA antara Johor Darul Ta’zim menentang Sabah minggu lalu. JDT harus menunggu sehingga saat-saat akhir perlawanan bagi menewaskan pasukan Sabah menerusi jaringan Gonzalo Cabrera. Barisan serangan JDT dilihat agak bergelut tanpa kelibat Jorge Pereyra Diaz. Untuk perlawanan menentang Tampines, hanya seorang penyerang import iaitu Luciano Figueroa yang boleh diturunkan memandangkan Jorge Perayra Diaz telah meninggalkan pasukan manakala Gonzalo Cabrera pula tidak didaftarkan untk menyertai temasya kali ini. Kami berpendapat barisan serangan JDT hari ini akan dibarisi oleh Safawi Rasid, Luciano Figueroa dan Hazwan Bakri.

BACA JUGA Pahang Menuju Bola Sepak Moden ?

Di bahagian pertahanan pula, kami berpendapat Marcos Antonio akan diturunkan dalam kesebelasan utama. Pada perlawanan menentang Song Lam Nghe Anh tempoh hari, ketika Marcos tidak diturunkan, kita boleh lihat barisan pertahanan JDT agak bergelut dengan permainan pantas pemain Song Lam. Mungkin Harris Harun akan diletakkan di bahagian tengah bersama Safiq Rahim dan Natxo Insa. Marcos Antonio akan digandingkan bersama Fadhli Shas ataupun Adam Nor Azlin. Kami tidak merasakan Longhi akan membuat rombakan kerana perlawanan ini dilihat perlawanan peting untuk JDT.

Kemenangan akan memberikan harapan kepada kedua-dua pasukan untuk mara ke peringkat seterusnya. Harus diingat, hanya pemenang kumpulan yang akan mara secara automatik ke peringkat seterusnya. Untuk JDT, mereka harus segera bangkit jika tidak mahu ketinggalan dengan Song Lam Nghe Anh. Bagi Tampines pula, jika mereka tewas hari ini, maka peluang mereka untuk mara adalah sangat tipis.

Ramalan Kami: Johor Darul Ta’zim 2-0 Tampines Rovers

BACA JUGA Pertukaran Formasi Beri Perbezaan Buat Selangor

Sumber http://inikanbola.my

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.