Ads Top

KAPTEN Pasukan Johor Darul Ta’zim menegaskan JDT 'boleh hidup' tanpa Diaz

Tiada masalah tanpa Diaz


KAPTEN Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) Safiq Rahim menegaskan tiada kesan yang ditanggung pasukan dalam dan luar padang setelah bekas pemain import mereka, Jorge Pareyra Diaz yang meninggalkan kelab secara kontroversi Februari lalu.

Katanya, pasukan juga tidak mempunyai masalah berhubung perkara itu selain keharmonian antara pemain dalam pasukan selatan tanah air itu lansung tidak terjejas.

“Dia hanya seorang sahaja pemain yang tinggalkan kelab, bukan 10 orang. Jadi tiada kesan kepada pasukan dan perlawanan sebelum ini pun bermula daripada Vietnam sampai lawan Terengganu dalam Liga Super, pasukan kami, harmoni kami bertambah baik, lagi baik.

“Ini adalah impak positif untuk pasukan dan kita akan tempuhi dengan terbaik serta positif dalam setiap perlawanan seperti ini,” katanya.

Kenyataan itu diulas pemain kebangsaan berusia 30 tahun berkenaan ditanya berhubung persiapan Skuad Harimau Selatan yang akan melayani kunjungan pasukan dari Singapura, Tampines Rovers dalam aksi Peringkat Kumpulan H, Piala AFC di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos, Larkin, malam esok.

Safiq berkata, setiap pemain dalam JDT mempunyai kepercayaan sesama sendiri malah memberikan sepenuh keyakinan kepada siapa yang bakal diturunkan jurulatih dalam perlawanan berkenaan.

“Kita mahukan kemenangan dalam perlawanan esok, main di tempat kita sendiri, kita pun dah lama sebab baki perlawanan sebelum ini kita main di luar, kita mahukan keputusan baik kali ini, jadi tidak kisah sesiapa pun yang diturunkan harus beri yang terbaik dalam ikut semua arahan jurulatih.

“Untuk aksi yang lepas, biarkan lepas, kita positif untuk perlawanan esok, kita akan datang dengan taktikal yang berbeza, kekutan berbeza ditambah mungkin motivasi pasukan lawan juga akan lebih tinggi sebab bukan main di tempat mereka,” katanya.

Jelasnya, JDT juga hanya fokus dengan apa kelemahan yang pasukan ada serta memperbaikinya selain memaklumkan bahagian serangan yang akan dipertingkatkan untuk memperoleh lebih gol.


BACA JUGA Cheng Hoe panggil dua pemain 'kacukan' JDT ke dalam skuad Harimau Malaya


JDT 'boleh hidup' tanpa Diaz

“KEMENANGAN tetap diburu walaupun ia agak sukar.” Itu kata-kata kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim yang inginkan kemenangan memihak pasukan itu apabila melayani kunjungan Tampines Rovers pada aksi Kumpulan H saingan Piala AFC Zon ASEAN di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, malam esok.

Apapun kapten JDT itu tidak menganggap ia perlawanan mudah selepas skuad kendalian Jurgen Raab berjaya mengikat keputusan seri 0-0 pada aksi di Stadium Jalan Besar, 6 Mac lalu.

Katanya, keputusan positif menjadi taruhan buat JDT tatkala beraksi di laman sendiri menuntut kesebelasan pemain yang bakal diturunkan memberi sepenuh komitmen pada perlawanan itu.

“Sesiapa yang diturunkan harus mengikut percaturan taktikal yang dirancang jurulatih (Raul Longhi) kerana ia penting untuk beraksi konsisten sepanjang 90 minit perlawanan dan elak daripada melakukan kesilapan mudah.

“Apabila berada di padang saya harap rakan sepasukan positif dan bermain dengan tenang untuk mengutip tiga mata berharga kerana ia mustahak untuk merapatkan jurang mata dengan pendahulu iaitu kelab dari Vietnam, Song Lam Nghe An FC,” katanya.

Mengulas kegagalan JDT mencipta kemenangan ke atas Tampines Rovers pada aksi lalu, Safiq enggan memikirkan apa yang berlaku, sebaliknya mahu menumpukan pada pertembungan menentang kelab dari Singapura itu pada pusingan kedua.

Malah dia menegaskan lawan kemungkinan tampil corak berbeza dengan kelainan taktikal dan kekuatan dan setiap pemain JDT harus bersiap sedia untuk mengelak daripada terperangkap dengan corak permainan skuad kendalian Jurgen Raab.

Ditanya mengenai ketiadaan Jorge Pereyra Diaz dalam skuad itu, Safiq menegaskan tiada kesan dalam skuad itu tanpa kelibat pemain import dari Argentina itu sebaliknya barisan pemain JDT tetap konsisten pada aksi Piala AFC dan saingan Liga Super.

“Dia seorang sahaja yang tinggalkan pasukan JDT, bukannya 10 pemain tinggalkan JDT. Jadi tiada kesan langsung malah moral pemain tetap tinggi.

“Malah aksi ketika menentang kelab dari Vietnam dan menentang Terengganu, Alhamdullilah prestasi pasukan bertambah baik dan tiada kesan apabila ketiadaan Jorge (Pereyra Diaz),” kata Safiq.


Longhi yakin kemampuan pemain tempatan JDT

OHOR BAHRU - Kemampuan pemain tempatan dalam skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) masih meyakinkan dan boleh memainkan peranan masing-masing dalam setiap perlawanan yang ditempuhi pasukan berkenaan.

Ketua Jurulatihnya, Raul Longhi berkata, pemilihan pemain tempatan tidak memberi sebarang masalah kepada pemilihannya malah gembira dengan semangat dan motivasi setiap pemain itu ketika diturunkan.

“Saya sangat gembira dengan semua pemain tempatan yang ada, mereka mencuba sehabis baik untuk merealisasikan ‘good football’ JDT, untuk berlawan dan menunjukkan semangat terbaik dalam memenangi setiap perlawanan yang ada.

“Sebenarnya, semua pemain dalam JDT adalah penting, mereka ada keperluan dan tugas masing-masing untuk memantapkan setiap perlawanan yang pasukan akan harungi,” katanya pada sidang media saingan peringkat kumpulan Piala AFC, di sini, sebentar tadi.

JDT yang bakal berdepan seteru dari Singapura, Tampines Rovers nyata tampak yakin meskipun berkemungkinan tidak akan menurunkan watak utama dalam saingan di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos Larkin, malam esok.

Longhi berkata, penjaring sensasi JDT, Luciano Figueroa adalah salah satu pemain yang tidak akan diturunkan pada perlawanan tersebut disebabkan faktor kecederaan.

“Lucho tidak akan ada dan untuk Marcos Antonio pula saya masih lagi belum tahu, kita akan melihat dulu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Ia akan menjadi satu perlawanan yang sukar, saya menghormati semua pasukan yang bertanding, tetapi sasaran kami adalah kemenangan dan tiga mata penting itu amatlah diperlukan,” katanya.

Mengulas mengenai keadaan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah, beliau memberitahu keadaan itu sangat melegakan tatkala beberapa perlawanan sebelum ini pasukannya terpaksa berjalan jauh dan beraksi sebagai pemain bertandang.

“Dapat main semula di Larkin adalah sesuatu yang bagus. Adalah sangat penting kepada kami untuk bermain di sana. Kita mempunyai kekuatan dan sokongan penyokong memang sangat berguna untuk motivasi pemain saya.” katanya.


Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/

https://www.hmetro.com.my

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.