Ads Top

Penyandang Juara Piala FA, Kedah sedia memberi tentangan sengit kepada Pahang pada pusingan ketiga Piala FA 2018 di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Kedah turunkan kesebelasan terbaik


ALOR SETAR - Penyandang Juara Piala FA, Kedah sedia memberi tentangan sengit kepada Pahang pada pusingan ketiga Piala FA 2018 di Stadium Darul Makmur, Sabtu ini.

Pengurus Kedah, Syed Khairol Anuar Syed Abidin berkata, pasukannya akan menurunkan kesebelasan terbaik pada perlawanan tersebut dan menggesa pemain beraksi bagaikan di pentas final.

“Tewas mengejut kepada Kuala Lumpur pada perlawanan kelima Liga Super 2018 harus dijadikan pengajaran kepada semua pemain bagi menghadapi perlawanan seterusnya bertemu Pahang.

“Kami mahu mempertahankan Piala FA yang dijulang pada musim lalu bertemu Pahang dan sekali lagi kami akan berdepan mereka lebih awal di peringkat pusingan ketiga pada Sabtu ini,” katanya.

Beliau mengakui Pahang juga antara pasukan pilihan jika diukur dari sudut prestasi semasa di peringkat Liga Super selepas lima perlawanan.

Bagaimanapun, beliau percaya Tok Gajah masih lagi ada kelemahan walaupun rata-rata melihat pasukan tersebut mempunyai jentera serangan yang baik apabila dibarisi pemain import berkualiti.

“Sudah tentu persediaan rapi akan dilakukan oleh Ketua Jurulatih, Ramon Marcote bagi menghadapi perlawanan ini dengan menambah baik dan membaiki kelemahan yang dipamerkan oleh Kedah semasa tewas kepada Kuala Lumpur baru-baru ini,” katanya.


'Senjata' terbaik Kedah layan Pahang

PENYANDANG juara Piala FA, Kedah sedia menurunkan barisan terkuat bagi menghadapi ancaman kekuatan pasukan gergasi Pantai Timur, Pahang pada pusingan ketiga di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Sabtu ini.

Pengurus Helang Merah, Syed Khairul Anuar Syed Abidin menyifatkan kekuatan dan kemampuan Pahang yang dilihat semakin meningkat musim ini pastinya menjadi ancaman utama dalam usaha mereka mempertahankan trofi itu musim ini.

“Kedah perlu membuktikan kewibawaan serta prestasi terbaiknya kerana semua sedia maklum Pahang bukan calang-calang pasukan dan antara pasukan terkuat untuk ditentang dalam Liga Malaysia khususnya Piala FA seperti musim lalu.

“Kami tetap pergi ke Kuantan dengan penuh keazaman dan bertekad untuk mempertahankan Piala FA... walaupun kami juara bertahan, namun kami tetap menganggap pasukan ini sebagai underdog.

“Kami hormati kekuatan dan keupayaan lawan yang mana anda sedia maklum mereka berada di preetasi terbaik ketika ini ditambah pula dengan kemenangan besar 4-0 ke atas Negeri Sembilan baru-baru ini pastinya mencetus motivasi tinggi buat mereka beraksi di laman sendiri,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dan mengucapkan kata-kata semangat yang turut dihadiri penaja Kedah musim ini iaitu Pengarah Urusan ECK Development Sdn Bhd, Puan Seri Ginney Chew kepada jurulatih dan semua pemain skuad Lang Merah di padang latihan di Stadium Sultan Abdul Halim di sini, semalam.

“Keputusan perlawanan lalu (kekalahan) adalah pengalaman dan pengajaran untuk pasukan terus bangkit memburu kejayaan khususnya dalam saingan Piala FA kali ini.

“Pemain harus lebih berhati-hati kerana ini perlawanan kalah mati dan sebarang kesilapan mudah boleh mengundang kelebihan buat lawan,” katanya.



Pertemuan skuad itu dengan Kedah diibaratkan ulangan final Piala FA musim lalu.


Pengurus Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang menganggap pertemuan skuad itu dengan Kedah diibaratkan ulangan final Piala FA musim lalu.

Justeru, beliau mahu pemain tidak mensia-siakan kelebihan yang dimiliki iaitu beraksi di laman sendiri untuk mengisi slot suku akhir piala berprestij itu.

Katanya, prestasi mantap yang dipersembahkan dalam saingan Liga Super diharap diterjemahkan pada aksi pusingan ketiga piala itu di Stadium Darul Makmur, di sini, Sabtu ini.

“Perkara utama yang perlu ditekankan semua pemain adalah disiplin dalam padang kerana Kedah sudah pasti mahu mempertahankan piala itu.

“Walaupun Pahang mempunyai kelebihan beraksi di laman sendiri, lawan dijangka memberi tentangan sengit dan pemain perlu lebih berwaspada terutama mengelak daripada melakukan kesilapan mudah.

“Kekalahan 3-4 kepada Kuala Lumpur pada aksi Liga Super juga bukan jaminan mudah buat Pahang untuk mencatat kemenangan,” katanya.

Suffian berkata, kemenangan besar 4-0 ke atas Negeri Sembilan Sabtu lalu, diharap menjadi sumber inspirasi mengekalkan rentak cemerlang.

Pada aksi final Piala FA musim lalu, Helang Merah menang 3-2 ke atas skuad Tok Gajah.

Sumber
http://www.sinarharian.com.my/
https://www.hmetro.com.

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.