Ads Top

Ini alasan kenapa pelatih The Red Warriors dinonaftifkan oleh Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa)



Sathit Bensoh menjadi mangsa pemecatan pertama oleh pasukan Liga Malaysia pada musim ini.

Pengendali berusia 42 tahun itu dilepaskan dari jawatan Ketua Jurulatih oleh pengurusan The Red Warriors (TRW) selepas prestasi hambar Kelantan di dalam tiga perlawanan pertama Liga Super Malaysia musim ini.

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak kelantan (KAFA), Bini Ramjani Ilias Khan berkata, keputusan melepaskan Sathit Bensoh diambol selepas mengadakan perbincangan bersama barisan panel penilai pasukan.

Kelantan kini menghuni tangga ke-12 liga dengan satu mata selepas seri 1-1 dengan Terengganu FC 1, kalah 2-1 kepada Melaka United dan kalah 3-0 kepada Pahang.

Pemecatan jurulatih kelahiran Thailand itu disahkan Setiausaha Agung Kafa, Husin Deraman.

Husin, ketika dihubungi berkata pemecatan Sathit itu berkuat kuasa Khamis dan penolong jurulatih, Yusri Che Lah akan memangku tugas buat  sementara waktu.

“Kita tidak boleh boleh tunggu lagi walaupun sebelum ini kita memberikan peluang kepada Sathit mengemudi Kelantan.

“Kita terpaksa buat keputusan ini kerana prestasi Kelantan yang tidak memuaskan, bukan sahaja tiga perlawanan dalam saingan Liga Super malah pada aksi pramusim juga tidak menunjukkan sesuatu yang positif," katanya.

Sehubungan dengan itu, skuad Liga Super Kelantan FA akan dibimbing oleh Penolong Jurulatih, Yusri Che Lah, sehingga proses membawa jurulatih baharu selesai.

Sumber http://www.mstar.com.my/sukan/

BACA JUGA:
Sathit Bensoh di pecat, Velizar Popov berkemungkinan akan kembali mengendalikan TRW


Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.